Thursday 23 June 2011

lake toba oh lake toba....











pada tanggal 12 Jun2011, aku telah berangkat ke kota Medan dengan menaiki pesawat AirAsia bernombor pendaftaran QZ8055 bersama-sama keluarga yang tersayang.
buat pertama kalinya, percutian ke luar negara ini disertai oleh 3 orang anakku. aduh, memang pusing dibuatnya dengan kerenah mereka yang nakal. terpaksalah aku membawa ibu dan adik bongsuku untuk membantu ketika di sana. tambahan aku sengaja membawa mereka supaya percutian kali ini lebih bermakna.
45minit penerbangan, pesawat mendarat di lapangan terbang POLONIA, MEDAN.
udara panas medan meresap ke tubuh kami.
anak-anakku meragam sesampainya di sana kerana cuaca yang panas.
kami disambut oleh sopir2 yang menawarkan khidmat teksi. akhirnya, aku mendapatkan khidmat sopir yang mesra digelar Anto Medan atau namanya, ILHAM saja.
melalui Anto, kami diberitahu perjalanan ke Danau Toba mengambil masa 4jam dari bandar Medan. oleh kerana jam waktu itu telah menunjukkan pukul 4petang, kami menangguhkan perjalanan ke Danau Toba keesokan harinya, kerana jalan kesana yang agak berselekoh dan bahaya, ditambah dengan keadaan anak-anakku yang kepanasan dan letih.
kami menginap di GARUDA HOTEL yang bertaraf 3 bintang dengan harga murah kerana telah mendapat voucher dari NARASINDO TOUR iaitu tempat Anto bekerja.
aku tidur awal kerana selsema pada malam itu.
13 JUN 2011.....kami memulakan perjalanan ke LAKE TOBA seawal pukul 9pagi....kami dibawa dengan menaiki AVANZA atau lebih dikenali dengan nama kijang, disana.sepanjang perjalanan, kami mendapati rakyat indonesia tidak gemar mematuhi lampu isyarat dan peraturan lalulintas. mereka sewenangnya memandu tanpa menghiraukan lampu isyarat. kami ketawa sepanjang perjalanan, kerana hon mereka juga tidak henti2 berbunyi. pun begitu, membunyikan hon tidak menimbulkan kemarahan bagi mereka, kerana sudah menjadi kebiasaan.
kami berhenti mengisi minyak di PETRONAS, yang mana minyaknya di sana dicatu untuk jualan iaitu dibenarkan hanya pada tahap tertentu, dan tidak sampai tengahari stesen minyak akan ditutup....
jalan ke Toba memang agak mendukacitakan.berselekoh dan rosak juga.
kami sampai di Danau Toba setelah 4jam perjalanan. kami mengambil keputusan untuk mengambil gambar dan bersiar-siar di Danau Toba. tasiknya panjang dan besar. puas bergambar, kami ke air terjun SIPISO-PISO. suasana memang nyaman di sana. jauh dari kesesakan bandar...udara yang sejuk juga seperti di tanah tinggi Cameron. air terjun sipiso-piso mmg tinggi. dari sana kita dapat lihat penghujung tasik danau toba. memang indah sekali permandangan dari situ.
seharian menjelajah, kami bertolak ke Berastagi pula. kira-kira 2 jam perjalanan dari danau toba. di situ lagi sejuk udaranya, tiada aircond disediakan di bilik hotel yang kami inap. kami menginap di GRAND MUTIARA iaitu hotelm paling bagus di Berastagi. kata orang taraf 10bintang di sana. wah, harga murah giler...rasa macam nak tinggal lagi 3-4 hari. makanan yang disediakan pun mmg sedap.
malam itu kami tidur lena. esok dah nak balik Malaysia....
pagi-pagi lagi kami dah bangun kerana nak bershopping sebelum pulang. kami ke pekan Berastagi, dan bershopping sakan. tapi aku mengingatkan diri agar tidak terlebih membeli kerana tambang bagasi yang mahal kerana kami tidak menempah awal.
baju mmg murah. aku membeli untuk anak-anak dan saudara mara saja. dengan hanya 800ribu rupiah, aku dapat membeli 3beg besar pelbagai barangan....hahahaa...mmg murah.
strawberi di sana juga amat manis kerana baru dipetik. orang-orangnya juga ramah tamah. melalui mereka juga aku tau bahawa Anto yang membawa kami itu cuba menipu dengan mengambil bayaran 100ribu rupiah seorang untuk masuk ke danau toba. kakakaka....kami sekeluarga berpakat untuk mengenakan Anto nanti saja sampai di airport. kata mereka untuk masuk ke danau toba tidak perlu bayaran mahal. hanya kira-kira rm10 saja untuk satu kereta. bukan setiap orang. jadi, itu satu peringatan untuk anda jika mahu kesana ok?
kata kakak2 di berastagi, mereka mmg begitu jika orang malaysia ke sana. jadi awas jangan tertipu dengan bayaran yang mereka kenakan tanpa melihat resit ya?
kami mengambil masa 2 jam lebih untuk sampai ke kota medan semula dari berastagi. di medan, kami mengambil kesempatan pergi ke kilang kain. ke kedai bika ambon( kek lapis) Zulaikha, juga ke istana maimon.kami check in di polonia jam 8 malam. anto hantar kami sampai kedalam airport kerana bayaran teksi belum kami jelaskan.
lepas berkira-kira, dan berterus terang dengan anto kami hanya memberinya 600ribu rupiah saja kerana bayaran teksi hari pertama telah kami bayar sewaktu ingin masuk ke danau toba. Anto diam dan terkejut kerana tembelangnya sudah pecah. mak aku siap menasihati dia supaya jangan buat lagi perkara seumpama itu kerana kami orang malaysia bukan bodoh...
jam 10 malam kami berlepas pulang ke LCCT kuala lumpur. selamat tinggal kota Medan....